Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengutuk pembunuhan Duta Besar Moscow ke Turki. Pegawai diplomatik Kremlin itu dibunuh di sebuah galeri pameran yang terletak di Ankara.
Trump di dalam sebuah kenyataan bertulis berkata pembunuhan Andrei Karlov perlu dikecam secara sejagat. Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga diplomat itu.
Kedua-dua Ankara dan Moscow telah mengklasifikasikan pembunuhan itu sebagai tindakan keganasan.
Pembunuh Andrei Karlov juga telah dikenalpasti sebagai Mevlut Mert. Dia adalah seorang anggota polis yang bertugas di dalam cawangan anti-rusuhan.
20 Disember 2016 - 08:35
News ID: 799489
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengutuk pembunuhan Duta Besar Moscow ke Turki. Pegawai diplomatik Kremlin itu dibunuh di sebuah galeri pameran yang terletak di Ankara.